Sejarah Cai masala

Rencana utama: Etimologi teh

Teh diperkenalkan di India oleh orang British sebagai minuman popular. Pokok teh telah tumbuh meliar di Assam sejak zaman dahulu tetapi dalam sejarah, orang India menggunakan teh sebagai ubat herba dan bukan minuman suka-suka.[6]

Pada tahun 1830-an, Syarikat Hindia Timur Inggeris mula bimbang dengan monopoli teh China, yang merupakan sebahagian besar perdagangannya dan pengeksport utama teh Great Britain, sekitar 1 paun (0.45 kg) setiap orang setahun. Penjajah British baru-baru itu dapat tahu tentang pokok teh Assam dan mula mengusahakan ladang teh di sana. Pada tahun 1870, lebih daripada 90% teh di Great Britain masih berasal dari China tetapi menjelang 1900, ia menurun kepada 10%, sebahagian besarnya digantikan dengan teh yang ditanam di India (50%) dan Sailan (33%).[7]

Walau bagaimanapun, teh hitam di India masih kurang digunakan sehinggalah kempen promosi oleh Persatuan Teh India pada awal abad ke-20, yang menggalakkan kilang, lombong dan kilang tekstil memperuntukkan waktu minum teh untuk para pekerja. Persatuan tersebut juga menaja banyak caiwala, penjaja teh, di seluruh sistem kereta api mereka yang giat dibina.[8]

Teh pada asalnya dihidangkan dalam cara India, dengan sedikit susu dan gula ditambah. Persatuan Teh India pada mulanya tidak suka penjaja menambah rempah dan terlalu banyak susu dan gula, kerana ini bermakna orang menggunakan (dan membeli) lebih sedikit daun teh. Walau bagaimanapun, cai kemudiannya menjadi sangat popular.[9]

Rujukan

WikiPedia: Cai masala https://food.ndtv.com/food-drinks/history-of-masal... https://food.ndtv.com/food-drinks/cutting-chai-why... https://www.cityspidey.com/news/13763/the-british-... https://www.tarladalal.com/how-to-make-indian-tea-... http://www.merriam-webster.com/dictionary/chai https://web.archive.org/web/20160515143003/http://... https://web.archive.org/web/20150430034327/http://... https://web.archive.org/web/20120805063842/http://... https://web.archive.org/web/20180604200541/http://... http://www.seattleweekly.com/home/949624-129/chai-...